Laungan azan Jumaat disiar langsung di New Zealand

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berucap kepada penuntut ketika lawatan beliau di Sekolah Tinggi Cashmere di Christchurch, New Zealand

CHRISTCHURCH: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata azan semasa solat Jumaat akan disiarkan secara langsung di seluruh negara Jumaat ini selain dikehendaki berdiam selama dua minit.

“Terdapat hasrat untuk menunjukkan sokongan kepada komuniti Muslim semasa mereka kembali ke masjid pada Jumaat ini,” katanya.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berucap kepada penuntut ketika lawatan beliau di Sekolah Tinggi Cashmere di Christchurch, New Zealand

Masjid Al Noor yang mempunyai kesan peluru semasa insiden yang mengorbankan lebih 40 orang sedang diperbaiki untuk digunakan pada solat Jumaat itu nanti.

Sementara itu, Majlis Imam Kebangsaan Australia menyeru imam menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Christchurch yang menjadi lokasi tembakan itu.

“Serangan terhadap mana-mana orang Islam dan individu tidak bersalah di merata-rata seperti menyerang semua orang Islam dan semua orang di seluruh dunia,” kata majlis dalam satu kenyataan. -Reuters

Ulama Islam Mufti Zeeyad Ravat mengimamkan solat berhampiran Masjid Al Noor di Christchurch. – Foto AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *