Jumpa ‘baby shark’ selepas banjir

Penduduk tempatan menunjukkan anak ikan jerung yang terdampar di daerah Sentani.

Jayapura (Indonesia): Penduduk di daerah Sentani di wilayah Papua terkejut apabila menemui anak ikan jerung terdampar di kampung mereka selepas dilanda banjir kilat.

Jakarta Post melaporkan, beberapa gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan dua anak ikan jerung ditemui di kawasan perumahan BTN Sosial.

Satu video yang disiarkan pengguna Twitter @JayapuraID menunjukkan seorang lelaki memegang dua bangkai anak ikan jerung dipercayai dari spesies sirip hitam yang biasanya ditemui di kawasan batu karang.

“Kami menemui anak ikan jerung selepas banjir melanda. Bukan di laut atau di darat tetapi kawasan pergunungan seperti di Sentani,” kata lelaki itu.

Sentani terletak kira-kira 36 kilometer dari Jayapura. Tasik Sentani yang terbesar di Papua pula terletak pada ketinggian 75 meter dari aras laut.

Penyelidik dari Pusat Arkeologi Papua, Hari Suroto pada zaman dahulu tasik Sentani adalah sebahagian daripada laut dan atas sebab itu terdapat rekod yang menunjukkan ada jerung hidup di situ.

“Sebahagian laut berhubung dengan sungai dan mata air di pergunungan Cycloops. Pergerakan lapisan bumi mengubah Tasik Sentani menjadi tasik air tawar,” katanya kepada antaranews.com. – Agensi

Penduduk tempatan menunjukkan anak ikan jerung yang terdampar di daerah Sentani.
Penduduk tempatan menunjukkan anak ikan jerung yang terdampar di daerah Sentani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *