Tidak Sempat Melawat Saudara Di Hospital, Wanita Maut Dalam Kemalangan Di Kalabakan

Gambar Facebook Page BESTAWAUfm

WANITA WARGA EMAS MAUT TERLIBAT KEMALANGAN SEMASA DALAM PERJALANAN MELAWAT SAUDARANYA DI HOSPITAL TAWAU

TAWAU; 19 MARCH 2019 (Selasa) – Hasrat seorang wanita berumur 71 tahun untuk bertemu saudaranya yang dirawat di Hospital Tawau tidak tercapai apabila warga emas terbabit maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 48 Jalan Tawau-Kalabakan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam kenyataan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Umas.

Katanya, siasatan mendapati mangsa bersama pemandu yang juga saudaranya serta menantu lelakinya sedang dalam perjalanan 
dari Felda Umas menuju ke bandar Tawau sebelum kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah motokar lain.

Akibat kemalangan, motokar yang dinaiki mangsa terbabas sejauh 18.8 meter menghala ke felda Umas sementara sebuah lagi motokar terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sejauh 26.2 meter dari tempat pertembungan kedua-dua kenderaan terbabit.

Menurut ACP Fadil, pemandu kenderaan dan penumpang motokar kenderaan lain berkenaan telah melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Facebook Page #BESTAWAUfm

Gambar Facebook Page BESTAWAUfm
Gambar Facebook Page BESTAWAUfm
Gambar Facebook Page BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *