Tarrant, dulu mangsa buli kini pengganas

Foto Tarrant (bulatan merah) ketika menyertai pasukan ragbi pada zaman remajanya.

CHRISTCHURCH-NEW ZEALAND. Dari seorang remaja yang sering dibuli, Brenton Tarrant, 28, bertukar kepada pengganas kulit putih yang melancarkan serangan maut di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu.

Memetik Daily Mail, kenalannya ketika zaman remaja mendedahkan, Tarrant adalah remaja kesepian kerana sering dibuli sebab fizikalnya gemuk.

Daniel Tuite dan Tarrant adalah satu pasukan ragbi Grafton Ghosts bawah 15 tahun pada tahun 2005.

Tuite berkata, pasukan Grafton adalah hebat dan memerlukan stamina, fizikal yang kental.

“Ia pasukan hebat, kadang kala ia tempat yang ‘teruk’. Sekiranya anda mengalami berat badan berlebihan, kita akan menjadi tumpuan, dipadang serong, digelar tidak berguna ketika berada di dalam padang.

“Mungkin disebabkan itu, dia hanya sendirian,” katanya kepada The Austalia.

Katanya, ketika bermain ragbi, Tarrant pernah mengalami kecederaan di lutut.

“Dia banyak menghabiskan masa di gimnasium susulan mengalami kecederaan di lutut.

“Malah dia juga berusaha untuk kurus dan sentiasa bersenam,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik gimnasium Big River, Grafton berkata, Tarrant pernah menjadi jurulatih persendirian selama lima hingga enam tahun lalu.

“Dia mula bekerja setelah tamat pengajian dan menunjukkan minat kepada bidang ini,” katanya.

Tarrant telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan pembunuhan selepas serangan keganasan di dua buah masjid Christchurch yang mengakibatkan 50 kematian. – Daily Mail/SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *