Seorang Maut Kemalangan Membabitkan Bas Ekspress, Lori Dan Pacuan 4 Roda Bertembung di Lahad Datu

Gambar Ihsan Pembaca

LAHAD DATU; 19 MARCH 2019 (Selasa) – Kemalangan jalanraya membabitkan tiga buah kenderaan berlaku di KM 17 Jalan Segama, Kampung Bukit Balacon Lahad Datu kira-kira pukul 3.49 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, seorang dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Lahad Datu.

Sementara itu, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Lahad Datu menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 pada pukul 3.49 petang berhubung kemalangan tersebut.

BBP Lahad Datu seterusnya bergegas ke lokasi kemalangan sejauh 17 kilometer menggunakan dua buah jentera diketuai PB Mazran Noh bersama tujuh anggota.

Menurut ketua operasi BBP, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori 7-tan, sebuah bas express penumpang dan sebuah pacuan 4 roda telah bertembung.

Terdapat empat mangsa terlibat berada di dalam kenderaan pacuan empat roda termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit telah dikeluarkan oleh pihak bomba.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Lahad Datu menggunakan jentera EMRS dan Ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi terkawal kira-kira pukul 4.25 petang dan ditamatkan pukul 4.41 petang.

Sumber : #BESTAWAUfm

Gambar Ihsan Pembaca
Gambar Ihsan Pembaca
Gambar Ihsan Pembaca
Gambar Ihsan Pembaca
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *