Rampas wang di pejabat menteri agama

PETUGAS KPK menunjukkan sebahagian wang tunai yang dirampas di pejabat menteri agama di Jakarta. FOTO Liputan6.com

Jakarta: Pegawai di agensi rasuah Indonesia (KPK) hari ini merampas sejumlah wang berjumlah ratusan juta rupiah di pejabat Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saefuddin.

“Kami menemui dan menyita sejumlah wang dalam bentuk mata wang rupiah dan dolar Amerika Syarikat dengan nilai ratusan juta rupiah di pejabat Menteri Agama,” kata jurucakap KPK, Febri Diansyah di ibu pejabat KPK, Kuningan, Jakarta Selatan hari ini yang dipetik Liputan6.

Febri memberitahu, serbuan itu dilakukan kerana terdapat bukti berlakunya amalan rasuah di Kementerian Hal Ehwal Agama.

Sebelum ini, KPK menamakan ahli politik Islam terkenal yang menyokong kempen Presiden Joko Widodo (Jokowi) sebagai suspek kes rasuah.

Pengerusi Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Muhammad Romahurmuziy didakwa menerima rasuah untuk memastikan dua orang diberikan jawatan peringkat atasan di Kementerian Hal Ehwal Agama. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *