32 Saman 8 Motosikal Disita Dalam Op Samseng Dan Mabuk

Motosikal yang disita dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut

SEBANYAK 32 SAMAN DAN 8 MOTOSIKAL DISITA DALAM OP SAMSENG & MABUK

KOTA KINABALU: Lapan motosikal disita dan 32 saman dikeluarkan dalam Operasi Op Samseng Jalanan & Op Mabuk di tiga lokasi sekatan jalan raya sekitar Pusat Bandaraya pada 15-16 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, lapan motosikal yang disita itu atas kesalahan tiada lesen memandu dan kesemua motosikal itu dibawa ke balai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Daripada 32 saman yang dikeluarkan, kesalahan yang paling tinggi menerima saman adalah lampu brek ketiga yang tidak berfungsi (11 saman).

Anggota polis trafik menjalankan pemeriksaan ke atas semua kenderaan yang melalui kawasan sekatan jalan raya dalam operasi berkenaan

Beliau berkata, sepanjang operasi empat jam yang berakhir pada 5 pagi Sabtu itu, sebanyak 135 buah kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa menggunakan M-Cops manakala, 147 orang diperiksa dalam Op Mabuk.

Menurutnya, pasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik itu dibahagi kepada dua kumpulan, satu bagi mengesan kegiatan samseng jalanan (Mat Rempit) dan satu kumpulan lagi untuk mengesan pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Habibi berkata, M-Cops digunakan untuk memeriksa sistem polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengesan saman, cukai jalan, lesen memandu serta semakan waran tangkap.

Anggota polis trafik menjalankan pemeriksaan ke atas semua kenderaan yang melalui kawasan sekatan jalan raya dalam operasi berkenaan

”Usaha penguatkuasaan juga akan diteruskan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas ddna tidak memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol,” ujarnya. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *