Selamat dilindungi ayah

ZULFIRMAN Syah bersama anaknya Averroes serta isteri Alta Marie. FOTO Daily Mail

Christchurch: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terselamat dari serangan keganasan di Christchurch apabila bapanya sempat baring ke atas anaknya untuk melindunginya dari terkena peluru.

Daily Mail melaporkan, pada Jumaat lalu, Averroes dibawa ke Masjid Linwood oleh bapanya Zulfirman Syah apabila Brenton Tarrant menyerang masjid itu yang mengorbankan tujuh orang selepas membunuh 42 orang di Masjid Al Noor.

Zulfirman ditembak beberapa kali pada tubuhnya untuk melindungi anak kecilnya sebelum orang ramai berjaya mengejar dan menangkap lelaki bersenjata itu.

Rakaman selepas serangan itu menunjukkan mangsa keganasan termasuk Averroes naik ke atas bapanya ketika Zulfirman terbaring menahan kesakitan.

Averroes terkena serpihan tembakan pada kaki dan punggungnya tetapi hanya cedera ringan, sementara bapanya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

Isteri Zulfirman, Alta Marie memberitahu New Zealand Heral: “Suami saya melindungi anak kami semasa serangan itu, menyebabkan dia menerima banyak peluru dan kecederaan lebih kompleks daripada Averrose.”

“Dia pulih dengan baik dan kembali ceria,” kata Alta kepada The Sunday Times. – Agensi

AVERROES dan bapanya Zulfirman yang cedera ditembak. FOTO Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *