Tragedi NZ: Identiti mangsa dikenal pasti

Antara mangsa yeng telah dikenalpasti – Foto NZ Herald

CHRISTCHURCH – NEW ZEALAND. Lebih 24 jam menunggu, akhirnya identiti mangsa yang maut dalam insiden tembakan di sebuah masjid, di sini, telah dikenal pasti pihak berkuasa.

Kanak-kanak, ayah, ibu, datuk, nenek, anak lelaki, anak perempuan, namakan saja, semuanya menjadi mangsa kekejaman lelaki tidak berperikemanusiaan, Brenton Tarrant.

Bahkan, seorang pemain futsal negara Kuwait juga menjadi mangsa dalam tragedi kejam ini.

Memetik laporan NZ Herald, berikut adalah senarai nama mangsa yang disahkan meninggal dunia atau hilang dalam insiden kejam itu:

-Mucad Ibrahim, 3

Anak kecil ini mengikut bapa dan abangnya ke Masjid Al Noor untuk menunaikan Solat Jumaat.

Ketika insiden berlaku, kanak-kanak ini melarikan diri daripada penembak dan dilaporkan telah hilang.

Begitupun, laporan dari Dailymail menyatakan Mucad telah meninggal dunia petang semalam dalam dakapan bapanya.

-Abdullahi Dirie, 4

Pakciknya, Abdulrahman Hashi, 60, memberitahu The Washington Post bahawa anak saudaranya berusia empat tahun antara yang terbunuh dalam insiden itu.

Dia mendapat maklumat itu selepas menerima panggilan daripada adik iparnya, Adan Ibrahin Dirie yang berada di hospital kerana turut cedera ditembak.

-Kanak-kanak berusia 12 tahun

Heba Sami yang bapanya cedera kerana melindungi anaknya memberitahu Guff News bahawa dia kehilangan lima ahli keluarga termasuk seorang lelaki berusia 12 tahun.

-Sayyad Milne, 14

-Remaja dari Cashmere High School ini datang ke masjid bersama ibu dan rakannya. Setiap minggu dia datang ke masjid tersebut.

Bapanya, John Milne memberitahu NZME: “Saya kehilangan anak saya, dia baru saja berumur 14 tahun.

“Saya tahu dia di mana. Saya tahu dia kini aman di sana,” katanya berserta tangisan.

-Khaled Mustafa dan anaknya Hamza, 16

Khaled meninggal dunia di Masjid Al Noor manakala Hamza pula hilang. Seorang lagi anaknya, Zaid,13, berada di Hospital Christchurch di mana dia menjalani pembedahan selama enam jam malam semalam.

Naeem Rashid dan anaknya Talha, 21

Naeem dilaporkan meninggal dunia di dalam masjid ketika dia dilaporkan cuba bergelut dengan penembak.

Anaknya, Talha turut ditembak dan dibunuh. Naeem dari Pakistan, bekerja di bank sebelum berpindah ke Christchurch dan menjadi guru.

-Ansi Karippakulam Alibava, 25

Wanita berusia 25 tahun berasal dari India ini antara yang dilaporkan hilang.

-Vora Ramiz, 28

Wanita ini juga dilaporkan antara yang hilang.

-Farhaj Ahsan, 30

Jurutera perisian ini dilaporkan masih hilang. Rakan kepada isterinya memberitahu isteri Ashan tidak boleh menerima dakwaan suaminya antara yang meninggal dalam masjid itu.

-Mojammel Hoq, 30

Dari Bangladesh, dia antara yang masih hilang seperti diberitahu rakannya kepada Herald. Mojammel berada di Christchurch selama dua tahun dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang pergigian.

-Atta Elayyan, 33

Pemain futsal Kuwait ini antara yang disahkan meninggal dunia dalam insiden itu.

Penjaga gol yang baru sahaja bergelar ayah baru-baru ini merupakan individu popular dalam industri teknologi di Christchurch.

-Syed Jahandad Ali, 34

Isterinya, Amna Ali memberitahu kali terakhir berhubung dengan suaminya pada pagi Jumaat ketika sedang bersarapan.

Dia masih belum mendapat khabar dari suaminya. Amna telah bercakap dengan rakan suaminya namun masih belum mendapat sebarang maklumat.

-Hussain Al-Umari

Ibu bapanya, Jannaz Ezat dan Hazim Al-Umari memberitahu kali terakhir mereka bercakap dengan anaknya pada Khamis malam.

Mereka bimbang anaknya mungkin antara yang maut dalam insiden di masjid tersebut.

-Osama Adnan, 37

Adnan yang berasal dari Mesir dan antara yang dilaporkan hilang

Seorang rakannya menulis di Twitter merayu dengan harapan agar Osama ‘memunculkan diri’ nanti dan akan kembali ‘pulih sepenuhnya’.

-Kamel Darwish, 39

Zuhair Darwish sedang berdiri di laluan Dean Ave berdekatan Masjid Al Noor pada Jumaat itu meminta maklumat mengenai abangnya, Kamel Darwish yang merupakan bapa kepada tiga orang anak, yang mana berada di amsjid berkenaan ketika tembakan itu berlaku.

-Haroon Mahmood, 40

Dr Haron meninggalkan seorang isteri dan dua anak berusia 13 dan 11 tahun.

Sebaik menamatkan ijazah doktor falsafah (PHD), Mahmood bekerja sebagai pembantu pengarah akademik di Canterbury College, iaitu sebuah skeolah swasta untuk bahasa Inggeris dan pelajar perniagaan.

-Husne Ara Parvin, 42

Parvin ditembak ketika dia cuba untuk menyelamatkan suaminya yang berkerusi roda, Farid Uddin, menurut saudaranya.

Anak saudara lelakinya, Mahfuz Chowdhury, yang tinggal di Bangladesh di mana tempat Parvin dilahirkan berkata, dia mendengar mengenai kematian ibu saudaranya daripada saudara yang berada di New Zealand, menurut akhbar Bangladesh, BDnews24.

-Mohammad Imran Kahn, 47

Khan dipercayai meninggal di Linwood Mosque.

Seorang rakannya berkata, Khan merupakan pemilik dua restoran di Christchurch, termasuk Indian Grill.

-Amjad Hamid, 57

Doktor jantung itu berhijrah ke New Zealand dari Palestin kerana mereka mahukan kehidupan yang lebih baik.

Hamid tidak kelihatan lagi sejak Jumaat dan keluarnya percaya doktor di Hospital Hawera itu telah meninggal dunia.

Isterinya, Hanan berkata, dia dan suaminya itu berhijrah ke Christchurch 23 tahun lalu.

-Abdelfattah Qasem, 59

Bekas setiausaha pertubuhan Muslim, yang dilahirkan di Palestin itu tidak kelihatan sejak penembak memasuki Masjid Al Noor.

Stuff bercakap kepada mereka yang berada di masjid ketika tembakan itu berlaku dan melihat Abdelfattah mengalami kecederaan teruk.

-Ali Elmadani, 66

Elmadani dilahirkan di Palestin

Isterinya, Nuha Assad, tidak mendengar sebarang perkhabaran daripada suaminya selepas dia pergi ke Masjid Al Noor untuk menunaikan solat.

-Linda Armstrong, 65

Seorang rakan memberitahu Herald bahawa Armstrong meninggal di pangkuan seorang wanita yang ditembak pada bahu dan terselamat di Masjid Linwood.

Rakan itu juga memberitahu bahawa Armstrong selalu membawa orang ke rumahnya dan dia sangat baik hati.

Pelarian berasal dari Afghanistan berusia 71 tahun itu dipercayai meninggal didalamnya.

-Haji-Daoud Nabi, 71

Nabi lari ke Persatuan Afghanistan dan dia berada di Masjid Al Noor ketika tembakan itu berlaku.

Anak lelakinya, Omar Nabi pergi ke mahkamah hari ini, di mana lelaki yang didakwa terlibat dalam tembakan berkenaan dibicara. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *