‘Saya maafkan pembunuh Husna’ – suami

Farid Ahmad. – Foto EPA

CHRISTCHURCH: Seorang lelaki yang kematian isteri dalam serangan pengganas di masjid di Christchurch berkata beliau tidak membenci penyerang, menegaskan kemaafan adalah jalan terbaik.

Isteri Farid Ahmad, Husna, terkorban apabila mangsa bergegas berpatah balik untuk menyelamatkan beliau.

“Saya akan katakan kepadanya, ‘Saya sayangkan kamu sebagai manusia’,” katanya.

Ditanya sama ada beliau memaafkan pengganas kulit putih itu, Farid berkata: “Sudah tentu. Apa yang terbaik adalah kemaafan, kemurahan hati, kasih sayang dan keprihatinan, sikap positif.”

Husna ialah antara 50 yang terkorban dalam serangan ke atas dua masjid yang dipenuhi jemaah untuk menunaikan solat Jumaat.

Ketika tembakan bermula, Husna membantu beberapa yang lain lari dari dewan wanita dan kanak-kanak.

“Beliau menjerit ‘ikut sini, cepat’, dan membawa ramai kanak-kanak dan wanita ke tempat selamat.

“Kemudian beliau datang kembali untuk memeriksa keadaan saya, kerana saya menggunakan kerusi roda dan ketika menghampiri pagar, isteri saya ditembak.

“Beliau sibuk menyelamatkan nyawa orang lain, terlupakan diri sendiri,” kata Farid. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *