Lebih 100 hilang tempat tinggal

Kebakaran yang memusnahkan 32 rumah di Kampung Air, Sandakan. FOTO Ihsan Pembaca

LEBIH 100 penduduk hilang tempat tinggal selepas 32 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Air, Sandakan, pagi tadi.

Kebakaran yang bermula 5.20 pagi itu turut menyebabkan seorang lelaki melecur di tangan, namun kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bomba menerima panggilan 5.28 pagi.

Katanya, seramai 19 pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian bersama tiga jentera, sebuah kenderaan utiliti dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Kebakaran membabitkan 32 rumah jenis tidak kekal yang musnah keseluruhan dengan anggaran keluasan ialah 0.8 hektar dan operasi terkawal pada jam 6.30 pagi,” katanya. – Harian Metro

Kebakaran yang memusnahkan 32 rumah di Kampung Air, Sandakan. FOTO Ihsan Pembaca
Kebakaran yang memusnahkan 32 rumah di Kampung Air, Sandakan. FOTO Ihsan Pembaca
Kebakaran yang memusnahkan 32 rumah di Kampung Air, Sandakan. FOTO Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *