Kes pengawal keselamatan keluar kenyataan kesat kepada Madius diselesaikan secara adat

TUARAN, 17 Mac – Seorang pengawal keselamatan disogit (didenda) kerana mengeluarkan kenyataan kesat kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau melalui aplikasi WhatsApp tahun lepas.

Mahkamah Anak Negeri (MAN) Tamparuli telah mengarahkan Richerd Panis, 40-an membayar sogit Penyelasaian Secara Damai mengikut Seksyen 13 dan 58 Enakmen 1992 iaitu membayar denda sebanyak RM800, dan seekor Kambing kepada Madius serta seekor Kambing kepada pendakwa Johnny Upin.

Pada 26 Feb lepas, MAN Tamparuli telah membuat keputusan agar kes berkenaan diselesaikan melalui sogit perdamaian dan satu Majlis Perdamaian yang dihadiri Richerd dan Madius serta disaksikan oleh Ketua Anak Negeri MAN Tamparuli Joseph Sabean telah diadakan di kediaman Johnny di Kampung Topokon, dekat sini semalam.

Sogit yang membawa maksud denda mengikuti adat istiadat etnik di Sabah khususnya suku kaum Dusun telah diamalkan sejak dahulu lagi bagi mengekang pelanggaran adat dan mendisiplinkan masyarakat.

Berucap pada majlis berkenaan, Johnny berkata pada tahun lepas beliau telah membuat laporan polis terhadap Richerd kerana mengeluarkan kenyataan kesat  iaitu ‘mana sudah Madius Tangau sial’ dan ‘Bagus kasih mati saja si Tangau tiada guna tu’ serta beberapa lagi perkataan kesat terhadap Madius dalam satu WhatsApp group.

“Ekoran laporan berkenaan Richerd telah ditahan namun dibebaskan semula atas jaminan polis dan pada 22 Nov 2018 saya sebagai pengadu datang semula bersama Richerd ke Balai Polis Tuaran untuk menyelasaikan perkara itu dan atas persetujuan bersama kita telah bawa kes ini ke MAN.

“Sekiranya Richerd tidak setuju untuk membawa kes ini ke MAN kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Sivil dan ia akan berlanjutan, selain Richerd bakal berdepan hukuman yang lebih berat termasuk dipenjarakan,” katanya.

Beliau berkata sebagai pengadu beliau berterima kasih kepada MAN Tamparuli kerana menyelasaikan perkara berkenaan dengan baik.

Sementara itu, Madius yang juga Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) berharap agar penyelasaian melalui sogit pibabasan (denda perdamaian) akan memberi pengajaran kepada semua pihak agar tidak melakukan perkara seumpama itu di masa-masa akan datang.

“Hari ini saya dengan tulus ikhlas memaafkan beliau dan kita selesaikan perkara ini secara adat agar ia menjadi pendidikan dan pengajaran. Saya harap penyelasaian ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

“Saya bersetuju untuk menyelasaikan perkara ini di MAN dan sekiranya kes ini di selesaikan di Mahkamah Sivil maka akan lebih besar tindakan yang dikenakan kepada Richerd. Namun apa yang penting bagi kita adalah perdamaian,” katanya.

— BERNAMA

https://www.facebook.com/eternidad/videos/10157039616839941/ Video Dari Facebook : Sebastian Wy’s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *