Dihalau pakaian terlalu seksi

EMILY diarah turun kerana pakaiannya terlalu seksi.

LONDON: Seorang wanita dihalau kru kabin pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain kerana berpakaian terlalu seksi, awal minggu ini.

Emily O’Connor, 21, menaiki pesawat Thomas Cook untuk penerbangan dari Birmingham ke Tenerife itu sebelum dia diarah turun oleh kru kabin kerana pakaiannya yang terlalu seksi.

Menurut laporan Metro.uk, berdasarkan gambar yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan memakai seluar panjang jingga namun pakaian bahagian atas seperti bra berwarna hitam.

Akibat kejadian itu, penerbangan tertangguh 20 minit.

Thomas Cook sememangnya menerapkan peraturan penumpang perlu berpakaian sopan.

Melalui Twitter, wanita itu berkata: “Mereka menyatakan akan mengeluarkan saya dari penerbangan jika tidak menutup bahagian tubuh yang terdedah kerana tidak sopan.”

Menurutnya, dia malu ketika kejadian itu kerana menjadi perhatian penumpang lain.

Namun, Emily sempat bertanya kepada penumpang sama ada pakaiannya itu menyinggung sesiapa namun tiada yang menjawab.

Kru kabin berkeras meminta Emily turun, malah mereka mengambil bagasinya.

Ketika itu barulah sepupunya datang dan memberi jaket kepadanya dan menurut Emily, kru kabin tidak berganjak sehinggalah dia memakai jaket berkenaan.

Jurucakap Thomas Cook yang dihubungi memohon maaf dan mengakui kes itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik.

“Secara umum, kru kabin kami akan memastikan semua penumpang berpakaian sesuai dan sopan tanpa mengira jantina dan umur,” katanya. – Agensi

EMILY diarah turun kerana pakaiannya terlalu seksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *