‘Budak telur’ insaf

REMAJA itu dihenyak beberapa orang lelaki sejurus dia memecahkan telur di kepala senator Australia itu. -Foto Agensi

CHRISTCHURCH: Remaja 17 tahun yang mencuri perhatian dengan tindakan berani memecahkan telur di kepala seorang senator Australia, akhirnya bersuara menerusi video yang dimuat naik di media sosial.

NZHerald melaporkan, video berdurasi selama beberapa saat itu dimuat naik selepas kejadian terbabit menjadi tular di media sosial.

”Jangan pecahkan telur di kepala ahli politik… anda akan dihenyak oleh 30 orang pada masa sama. Saya belajar dari kesilapan,” kata remaja itu.

Fraser Anning mencetuskan kemarahan selepas menuduh kehadiran orang Islam sebagai punca serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.

Dia sedang bercakap dengan wartawan sebelum remaja yang memegang telefon bimbit memecahkan telur di kepalanya.

Anning yang terkejut dengan tindakan itu terus menumbuk remaja berkenaan sebelum beberapa lelaki menangkapnya.

Kejadian itu berlaku ketika satu petisyen mendesak Anning dipecat mendapat hampir 500,000 tanda tangan manakala remaja terbabit diangkat sebagai ‘wira’. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *