PPM Tawau rampas 200 kg kerang hidup seludup dari Indonesia

Kereng seberah 200kg yang dirampas – Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang lelaki di perairan Batu 3 dekat sini selepas cuba menyeludup masuk 200 kilogram kerang hidup dari Indonesia untuk pasaran tempatan, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi itu, lelaki tempatan berusia 49 tahun, mengaku kerang berkenaan dibawa dari Kampung Tanjung Aru, Indonesia.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata bot ronda PGR 16 yang sedang menjalankan operasi ‘Ops Gelora’ mengesan bot jongkong suspek sebelum ditahan dan pemeriksaan menemukan kerang hidup dalam ruangan bot.

“Juragan gagal menunjukkan dokumen atau surat kebenaran daripada Jabatan Perikanan untuk membawa hasil kerang itu yang dianggarkan bernilai RM600,” katanya.

Menurutnya, tangkapan serta rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985.

— BERNAMA

Suspek berusia 49 tahun ditahan ketika cuba membawa masuk kerang hidup ke Tawau tanpa permit daripada Jabatan Perikanan. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Bot jongkong yang dinaiki suspek berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di perairan Batu 3, Jalan Apas Tawau, kira-kira pukul9 pagi tadi. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *