Sabah hasrat jadikan Papar sebagai hab pendidikan

PAPAR, 15 Mac – Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah diarah mengenal pasti langkah terbaik untuk merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan daerah Papar sebagai Hab Pendidikan Negeri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata antara yang perlu diambil kira adalah fokus kepada bidang kemahiran, seperti pembangunan kolej-kolej vokasional, bagi membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak latihan kemahiran kepada belia Sabah.

Beliau berkata pada masa yang sama, pendidikan berasaskan kemahiran tertentu perlu diselaras dengan keperluan industri.

”Kita mahu melahirkan golongan yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan agar mereka dapat memasarkan ilmu yang ada untuk memperolehi pekerjaan dengan gaji yang baik,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Ketua Menteri di Kampung Kuala, di sini hari ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *