Bekas Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan Direman Tujuh Hari

Suspek diiringi keluar dari Mahkamah Majistret, di Kota Kinabalu pada Khamis.

KOTA KINABALU: Bekas Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan ditahan reman selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada Khamis.

Majistret Afiq Agoes membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini (Khamis) terhadap bekas pegawai eksekutif berusia 42 tahun yang didakwa terlibat dalam menerima wang suapan.

Suspek yang kini bertugas sebagai Penolong Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau ini didakwa menerima wang suapan bagi memberikan kontrak untuk kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan kepada lebih 10 syarikat bagi tempoh 2017 hingga 2018.

Nilai suapan itu dianggarkan berjumlah lebih RM20,000 dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui jumlah sebenar yang terlibat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.

Kes itu dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat SPRM Faliq Basirudin. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *