Hatrik Ronaldo benam Atletico

Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika berdepan Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, pagi ini.

PENYERANG Juventus, Cristiano Ronaldo melakukan jaringan hatrik berdepan lawan pilihan, Atletico Madrid ketika kelab Itali itu menukar dua gol defisit perlawanan pertama untuk menang 3-0 seterusnya mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara, pagi ini.

Ronaldo memastikan kemenangan mutlak pasukan tuan rumah itu menerusi sepakan penalti empat minit sebelum tamat permainan untuk menjadikan kedudukan agrigate 3-2 sebelum membuktikan sentuhan penyudahnya menerusi jaringan pembukaan minit ke-27 dan tandukan tiga minit selepas waktu rehat.

Ia adalah hatrik kelapan, Ronaldo dalam kejohanan Liga Juara-Juara, menyamai rekod bintang Barcelona, Lionel Messi malah pemain kebangsaan Portugal itu mencipta rekod penjaring terbanyak dengan 124 gol dalam kejohanan itu.

Bekas bintang Real Madrid itu, meletakkan sasaran untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali keenam bersama tiga kelab berbeza, memenangi trofi kejuaraan bersama Manchester United, serta mengalahkan Atletico ketika melakukan 25 jaringan dalam 33 perlawanan di kejohanan itu.

“Inilah sebabnya kenapa Juventus membawa saya ke sini, untuk membantu melakukan perkara yang mereka tidak lakukan sebelum ini,” kata Ronaldo yang berusia 34 tahun.

“Inilah mentaliti yang kamu perlukan untuk menang dalam Liga Juara-Juara,” – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *