Lelaki Maut Gantung Diri Selepas Ditinggal Isteri

Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm

TAWAU; 12 MARCH 2019 (Selasa) – Akibat mengalami kemurungan ditinggalkan isteri, seorang lelaki bertindak menggantung diri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu Darat, pagi tadi.

Mayat mangsa, 36 tahun, yang tergantung pada pintu bilik itu ditemui oleh anak kandungnya yang berumur 10 tahun yang membuka pintu berkenaan apabila bangun dari tidur.

Laporan Polis telah dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

Beliau berkata, mangsa dipercayai telah membunuh diri dengan menjerut leher menggunakan tali pinggang.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang baru tinggal berdua bersama anaknya itu mengalami masalah rumah tangga sejak dua bulan lalu dan ditinggalkan isterinya yang pulang ke Filipina.

berikutan itu, mangsa telah kemurungan dan banyak berdiam diri selain enggan bercakap dengan keluarganya.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

#BESTAWAUfm

Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *