Ikut filem punya pasal

Suspek dikawal polis bersenjata di hospital.

DUMAI: Kerana terpengaruh filem aksi, seorang lelaki mengancam membakar sebuah bank malah sempat menyimbah bahan bakar di dalam bangunan itu sebelum ditembak polis.

Dalam kejadian itu, suspek dikenal pasti sebagai Margono, 44, dilaporkan masuk ke bank di Dumai, Riau, dengan membawa parang yang diacukan terhadap kakitangan dan pelanggan serta mengarahkan semua orang keluar dari situ, lapor riau87.com.

Dia kemudian merosakkan peralatan dan barangan di bank berkenaan sebelum menyimbah petrol yang dibawa bersamanya.

Ketua polis Dumai Restika Pardamean Nainggolan dipetik Jakarta Post berkata, suspek yang juga bapa beranak dua ditembak kerana melawan ketika ditangkap.

“Dia tidak merompak bank itu. Kami kini menyoalnya dengan bantuan pakar psikologi,” katanya.

Menurut Restika, lelaki itu mengaku perbuatannya akibat terpengaruh dengan filem aksi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *