Saya rasa lega

SEORANG anggota polis bertanya sesuatu kepada suspek yang ditahan di balai polis Dukun semalam. FOTO Kompas.comAgensi

GRESIK (Indonesia): “Saya tidak menyesal, malah lega kerana tiada siapa lagi yang mahu membebel dengan saya,” kata seorang lelaki yang ditangkap kerana menyembelih ibunya sendiri dengan menggunakan sabit.

Rozikin, 28, ditangkap selepas dia menyembelih ibunya, Ranis, 55, di ruang tamu rumah mereka di Desa Madumulyorejo, Jawa Timur semalam.

Tribun News melaporkan, Rozikin memberitahu, dia membunuh ibunya selepas tidak tahan dengan bebelan mangsa.

“Ibu membebel sejak malam gara-gara saya tidak mahu menghantar makanan ke masjid. Suruh orang lain kan boleh, budak-budak lain juga ramai kenapa hanya saya sahaja disuruh. Dia membebel tidak berhenti-henti,” katanya.

Rozikin memberitahu, dia tidak menyesal dengan perbuatannya itu malah berasa lega kerana tiada sesiapa lagi yang memarahinya lagi.

“Saya biasa sahaja, mengapa mahu menangis. Saya tidak menyesal. Hati saya panas. Saya mengasah sabit dan terus mengelar leher ibu yang duduk di ruang tamu,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap polis Gresik, Wahyu Sri Bintoro berkata, Rozikin ditangkap ketika bersembunyi di sebelah rumahnya dan polis turut merampas sabit yang digunakan dalam pembunuhan itu. – Agensi

Mayat ibu supek diusung masuk ke van jenazah. Foto TribunMadura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *