Macam mana nak turun?

MOTOSIKAL yang melambung dan tersangkut di talian elektrik setinggi 10 meter. FOTO Agensi

SURIN (Thailand): Sebuah motosikal melambung dan tersangkut di atas talian elektrik setinggi 10 meter selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di daerah Kap Choeng, wilayah Surin, timur laut Thailand semalam.

Bangkok Post melaporkan, motosikal itu sebenarnya dibawa di atas sebuah lori pikap jenis Isuzu sebelum kenderaan itu terbabas ketika mengelak sebuah lagi motosikal yang melawan arus.

Lori pikap dilaporkan terbalik dan menyebabkan motosikal jenis Honda di atasnya melambung ke udara dan tersangkut di talian elektrik setinggi 10 meter itu.

Kemalangan itu menyebabkan lima orang yang berada di dalam lori pikap itu cedera dan dibawa ke Hospital Kabchoeng.

Polis memberitahu, pihaknya sedang menyiasat kemalangan itu dan tidak menolak kemungkinan lori pikap itu dipandu laju.

Gambar motosikal yang tersangkut itu juga tular di media sosial di Thailand dan ramai tidak percaya kenderaan itu boleh melambung setinggi itu.

Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana pemilik motosikal berkenaan menurunkan kenderaan itu dari talian elektrik berkenaan. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *