10 Pulau Yang Wajib Kamu Kunjungi Bila Ke Semporna

PuLau MaBuL

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah,Malaysia.Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan scuba diving.Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan

Pulau Sipadan

Merupakan satu-satunya pulau samudera di Negara Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut.Perjalanan dari Pulau Mabul ke Pulau Sipadan cuma mengambil masa dalam 15 minit sahaja

Sipadan juga di senaraikan sebagai salah satu daripada 5 lokasi selam skuba di dunia… 

Pulau Bohey Dulang

Untuk ke pulau ini,jarak perjalanan dari kawasan Jeti di Pekan Semporna ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa lebih kurang 30 minit.Pulau Bohey Dulang merupakan 1 dari 8 pulau yang terdapat di dalam Tun Sakaran Marine Park

Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan utama menarik para pelancong untuk datang….

Pulau Kapalai

Bagi penggemar Snorkeling dan scuba,ianya kawasan yang cukup sesuai untuk membuat aktiviti tersebut.Terletak kira-kira 15 kilometer daripada Pulau Sipadan.

Selain menjadi syurga penggemar sukan snorkeling dan scuba,tempat ini juga menjadi tumpuan bagi pasangan berbulan madu.

Pulau Bum-Bum 

Antara Pulau yang mempunyai ramai penduduk dan pada hari ini sudah ada pembangunan di lakukan di sekitar pulau tersebut.Walaupun Pulau Bum-Bum Bukan sebuah pulau pelancongan tetapi airnya masih lagi cristal clear…

Pemandangan dan ada tempat-tempat yang cantik terdapat di sekitar Pulau Bum-Bum Semporna.Percutian anda ke Semporna tidak akan lengkap jika tidak ke mari

Mataking Island

Terletak di Laut Celebes di negeri Sabah,mengambil masa kurang daripada 1 jam dengan menggunakan bot untuk sampai ke Mataking dari bandar tanah besar Semporna. 

Saiz pulau tersebut kira-kira 40 ekar dan terletak di pinggir pelantar benua yang dikelilingi oleh pinggiran terumbu karang keras dan lembut.Pemandangan Tempat ini memang cantik dan suasana yang sungguh tenang 

Pulau Timba-Timba

Tidak banyak info dan maklumat yang dapat di selitkan terhadap beberapa Pulau yang terdapat di Semporna seperti Pulau Timba-Timba,Tetapi jika anda berminat dan ikut serta di dalam aktiviti seperti “Hoping Island” Pulau Timba-Timba antara kawasan wajib yang anda akan singgah dan lalu

Pom-Pom Island

Pulau ini terletak di dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang dan terdapat terumbu karang sepanjang 4 km panjang di dasarnya. Pulau ini adalah pasir rata dengan ketinggian maksimum kurang daripada 2m di atas garis HT . 

Pulau ini mempunyai pantai karang pasir berwarna putih dan merupakan tapak lokasi penting untuk Green dan Hawksbill sejenis penyu bersarang dan bertelur.Pulau ini tidak mempunyai kampung, kesan manusia yang minimum, tiada pencemaran dan merupakan salah satu destinasi menyelam yang popular di daerah Semporna .

Bodgaya Island

Pulau Bodgaya terletak di pantai timur negeri Sabah di Malaysia. Pulau ini adalah pulau yang terbesar di dalam sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran.Pulau ini mempunyai keluasan 7.96 km2.Pulau Bodgaya bersama-sama dengan Pulau Bohey dulang dan terumbu sekitar adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.

Pulau Sibuan

Pulau ini pernah menjadi tumpuan diver a.k.a penyelam sebelum Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain menjadi terkenal.Pulau ini terletak di dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran

Sebenarnya ada banyak lagi Pulau-Pulau,resort dan tempat menarik yang terdapat di Semporna yang tidak dapat di senaraikan di dalam blog kali ini.Seperti Pulau Tabawan,Pulau Denawan,Mantabuan,Singamata,Pulau Si Amil,Pulau Batik dan banyak lagi

Ramai yang tidak tahu dan kurang promosi mungkin antara penyebabnya namun jika anda datang ke Semporna banyak Kenangan yang anda tidak akan lupakan dan pasti berhajat ingin datang kembali pada masa akan datang ” Hatiku Tertinggal Di Semporna “

Kredit : Oh Sempornaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *