Lapan warga China dalam pesawat Ethiopian Airlines – CCTV

KAWASAN Ethiopian Airlines Flight ET 302 terhempas berhampiran bandar Bishoftu. – Foto Reuters

BEIJING: Lapan warga China adalah antara penumpang pesawat komersial Boeing 737 ke Nairobi yang terhempas hari ini membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal, kata penyiar rasmi China.

CCTV berkata di laman media sosial, “lapan orang warga China berada di dalam pesawat” Penerbangan ET 302 yang terhempas berhampiran bandar Bishoftu sejurus berlepas.

Terdahulu, penyiar rasmi negara Habsyah berkata tiada mangsa terselamat dalam penerbangan Ethiopia Airlines yang terhempas bersama 157 penumpang, hari ini.

“Tiada yang terselamat di dalam pesawat yang membawa penumpang dari 33 negara itu,” kata penyiar rasmi, Perbadanan Penyiaran Ethiopia, memetik sumber syarikat penerbangan yang enggan dikenali.

Syarikat penerbangan berkata, sebuah pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines terhempas pagi ini ketika dalam perjalanan dari ibu kota Addis Ababa ke Nairobi, Kenya bersama 149 penumpang dan lapan kru. – Reuters

CEO Ethiopian Airlines, Tewolde G Medhin di lokasi nahas. – Ihsan Twitter Ethiopian Airlines

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *