Wanita maut tersepit bawah lori

ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori dalam kemalangan di Batu 25, dekat Sandakan. – Foto ihsan JBPM Sabah

SANDAKAN: Seorang wanita maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Batu 25, dekat sini, petang semalam.

Wanita yang belum dikenal pasti identiti itu dipercayai membonceng motosikal, cedera parah akibat tersepit di bawah lori berkapasiti 10 tan dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 5.37 petang dan menghantar enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Seorang lagi mangsa iaitu penunggang motosikal cuma cedera ringan dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent dengan menaiki ambulans,” katanya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *