81 penagih, PTI ditahan dalam tempoh seminggu operasi

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan 81 individu dalam tempoh seminggu opearsi pembanterasan aktiviti dadah dan jenayah di sini bermula 2 Mac lalu.

DADAH jenis syabu yang dirampas dalam operasi selama seminggu di sini.
DADAH jenis syabu yang dirampas dalam operasi selama seminggu di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kesemua suspek ditahan dalam opearsi yang dijalankan di kawasan Manggatal, Inanam dan Tanjung Aru.

“Antara pesalah dadah yang ditahan termasuklah 15 suspek memiliki dadah manakala 66 yang lain ditahan bagi kesalahan positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan,” katanya.

Habibi berkata 61 daripada suspek berumur 16 hingga 41 tahun yang ditahan adalah warga tempatan manakala 20 yang lain adalah warga asing.

“Salah seorang daripada warga asing terbabit adalah warganegara Korea yang positif urin dan datang ke negeri ini sebagai pemandu pelancong.

“Suspek juga ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata pihaknya berjaya merampas 5.15 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM800 mengikut harga pasaran tempatan. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *