Fasa Pembangunan DUN Balung Terus Mendapat Perhatian Kerajaan Negeri

TAWAU; 8 MARCH 2019 (Jumaat) – Beberapa projek pembangunan di Balung telah diluluskan dan sedang dalam perancangan untuk dibangunkan oleh pihak kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Osman Jamal berkata, antara projek yang telah mendapat kelulusan itu termasuklah Sekolah Menengah Wakuba yang telah dikenalpasti tapaknya selain perancangan untuk membina Masjid Balung, Sekolah Agama dan Stadium Mini.

Katanya, kesemua projek berkenaan akan diusahakan untuk dilaksanakan pada penggal ini atau penggal akan datang.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di perkarangan pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Mayarakat (UPPM) Balung.

Menurut Datuk Osman, projek pembangunan di Balung itu bakal merancakkan lagi sektor pelancongan memandangkan Balung merupakan antara destinasi tumpuan pelancong.

Sehubungan itu, satu program Hari Kebersihan Balung akan dianjurkan bagi memastikan persekitaran sungai-sungai di Balung sentiasa bersih.

Jelasnya, pihaknya juga sudah berbincang dengan Jabatan Pengairan Dan Saliran agar sungai-sungai di Balung dimasukkan dalam perancangan untuk didalamkan, dilebarkan dan dibersihkan.

Sementara itu, menyentuh mengenai halatujunya selepas menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN), beliau akan bertemu dengan 43 cawangan DUN Balung dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjelaskan berkenaan pemilihannya menyertai WARISAN sekali gus untuk mengetahui sama ada mereka akan menyertainya atau kekal dalam PKR.

SUMBER : FACEBOOK PAGES #BESTAWAUfm

Adun Balung Datuk Osman Jamal ketika ditemui media di perkarangan pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N55 Balung – FOTO Facebook Pages BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *