Agong bersolat Jumaat di Masjid Negeri Sabah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bersalaman dengan rakyat di Masjid Negeri – FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU, 8 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri, di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang berbaju Melayu hijau muda di masjid berkenaan pada 12.27 tengah hari disambut oleh Yang di-Pertuan Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Seri Paduka Baginda kemudian menyertai ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat itu yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Sabah Ibrahim Kisab.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda turut  berkenan  bersalam-salaman dengan jemaah serta menyampaikan sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf di masjid itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *