Mangsa rogol heret lelaki dalam api

GAMBAR HIASAN

KOLKATA: Seorang wanita India yang dirogol dan hampir dibakar oleh lelaki yang cuba merogolnya, bertindak membunuh lelaki itu dengan menyeretnya ke dalam api, kata polis, hari ini.

Wanita itu walau bagaimanapun, selamat dengan luka kesan terbakar pada wajah dan tangannya manakala lelaki berusia 42 tahun itu meninggal dunia di hospital akibat cedera.

Balu berusia 35 tahun itu, memberitahu polis bahawa lelaki itu menyerang dan merogolnya di rumahnya di utara Kolkata di timur India pada Isnin lalu selepas anak perempuannya keluar.

“Lelaki itu mencurahkan minyak tanah ke atas tubuhnya dan cuba membakar wanita itu,” kata pegawai polis Sajal Kanti Biswas yang memetik kenyataan wanita itu kepada AFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *