TikTok bongkar aktiviti pencuri

SEDUTAN video di TikTok yang memaparkan pencuri menayangkan wang tunai hasil perbuatan jenayah itu. – Foto AGENSIAgensi

MEDAN: Seorang pencuri berjaya ditangkap polis selepas dia memuat naik video TikTok untuk menayangkan wang tunai hasil perbuatan jenayah itu di media sosial.

Tribun News melaporkan, Taufik R Gani, 23, memecah masuk dan mencuri puluhan telefon bimbit dan komputer riba yang dianggarkan bernilai kira-kira Rp500,000,000 (RM144,221) di sebuah kedai di Medan pada Sabtu lalu.

Tidak lama selepas itu dia memuat naik satu video TikTok di laman Instagram miliknya sambil memegang sejumlah wang tunai.

Polis yang menjalankan siasatan mengenai kecurian itu kemudiannya mengesan video itu dan mendapati wajah Taufik pada sama seperti wajah suspek yang dirakam kamera keselamatan di premis berkenaan.

Jurucakap polis Medan, Putu Yudha Prawira berkata, susulan maklumat itu polis menangkap Taufik dan terpaksa menembak kaki suspek selepas dia cuba melarikan diri.

Susulan tangkapan itu polis berjaya menemui semula beberapa telefon bimbit dan komputer riba yang dicuri di rumahnya.

Polis juga merampas sejumlah wang tunai dipercayai hasil jualan barang curi berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *