Anifah jumpa Dr M bincang hak Sabah di bawah MA63

Anifah Aman menemui Dr Mahathir Mohamad di kediaman perdana menteri di Serdang, Jumaat lalu.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kimanis, Anifah Aman mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Bekas menteri luar itu berkata, beliau akan terus menyokong usaha kerajaan persekutuan mengembalikan hak Sabah di bawah MA63.

“Secara konsisten saya menyatakan kerajaan persekutuan seharusnya melaksanakan apa yang telah dijanjikan, termasuk mengembalikan hak-hak Sabah, antaranya pembayaran royalti petroleum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, beliau tidak membantah keputusan PPBM melebarkan sayap ke Sabah kerana ia sejajar norma demokrasi.

Anifah dilapor meninggalkan Umno pada 18 September tahun lalu. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *