Mayat bayi mangsa bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan dijumpai terapung

Mayat bayi yang ditemukan terapung di perairan Kuala Batu Dua. -Foto PPM

SANDAKAN: Mayat bayi dipercayai mangsa bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan ditemukan terapung di perairan Kuala Batu Dua berdekatan Kampung Mangkalinau, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mayat berkenaan dijumpai nelayan sebelum memaklumkannya kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata mayat berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, sebuah bot pam dinaiki 11 individu terbalik dan lima mangsa berpaut pada bot dilaporkan selamat.

Manakala, enam lagi dilaporkan hilang sebelum menemui lima mangsa meninggal dunia termasuk penemuan terbaharu bayi berkenaan. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *