Lelaki maut motosikal terbabas sebelum tercampak ke pokok

Mangsa Mohd Suzly Hamidun, 29, maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian dalaman dan dada. – Gambar Ihsan PDRM

LABUAN, 4 Mac – Seorang pemuda terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Bukit  Timbalai dekat Kg Sg Miri, tengah hari semalam selepas hilang kawalan ketika menunggang motosikalnya.

Ketua polis Labuan, Supt Muhamad Farid Ahmad berkata, Mohd Suzly Hamidun, 29,  tercampak dari  motosikalnya lalu mengenai sebatang pokok semasa kejadian pukul 5.40 petang itu dan mati di tempat  kejadian akibat kecederaan dalaman di dada.

Polis percaya mangsa dalam perjalanan dari Kg Sg Buton ke Kg Sg Miri apabila kemalangan itu berlaku.

“Adalah dipercayai mangsa melalui simpang sempit apabila dia hilang kawalan ke atas motosikalnya,”  kata Farid.

Mangsa dijumpai terbaring di sebelah jalan raya oleh orang yang lalu di situ, yang kemudian memberitahu polis.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis 087-506222 bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *