Penunggang motosikal maut, polis minta saksi tampil bantu siasatan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji

KOTA KINABALU, 3 Mac – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Sulaman berhampiran lampu isyarat Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada jam 12.50 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata mangsa Mohd Diman Fadillah Kamis, 31, disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh Pegawai Perubatan dari Hosital Likas.

Beliau berkata berdasarkan keterangan saksi, kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai cuba menguji kelajuan dengan membuat satu pusingan dari arah lampu isyarat UMS menuju ke lampu isyarat Indah Permai.

“Apabila sampai di Jalan Sulaman berdekatan lampu isyarat UMS, mangsa telah dilanggar oleh dua buah motosikal lain sebelum kedua-dua motosikal itu meninggalkan tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Habibi meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ngang Ak Kalimpot di talian 017-8083272 dan kes disiasat dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *