Lelaki Korea cedera parah akibat kemalangan

Kereta mangsa yang terbalik dan mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan itu. – Gambar Ihsan Bomba Sabah

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Korea cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Bulatan Masjid Negeri Sembulan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 36 tahun dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas sendiri.

Ketua operasi Pegawai Bomba Kanan Zainuddin Saidi berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 pagi.

Menurutnya, mangsa didapati tersepit dan mengalami kecederaan parah sebelum pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaannya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan kecemasan dan dihantar ke hospital.

Pihaknya menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 1.58 pagi.

Kereta mangsa yang terbalik dan mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan itu. – Gambar Ihsan Bomba Sabah
Kereta mangsa yang terbalik dan mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan itu. – Gambar Ihsan Bomba Sabah
Taya kereta mangsa tercabut akibat dari kemalangan itu. – Gambar Ihsan Bomba Sabah
Kereta mangsa yang terbalik dan mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan itu. – Gambar Ihsan Bomba Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *