Juruterbang India bebas

Abhinandan diiringi tentera Pakistan menuju ke sempadan antara India dan Pakistan

ISLAMABAD: Seorang juruterbang India yang ditangkap oleh Pakistan selepas menembak jatuh pesawat penggempurnya di Kashmir Rabu lalu, sudah dibebaskan hari ini, lapor Reuters.

Rakaman televisyen Pakistan menunjukkan juruterbang dikenali sebagai Komander Udara Abhinandan Varthaman itu melintasi sempadan berhampiran bandar Wagah, hampir jam 9 malam waktu tempatan.

Sebelum itu, AFP melaporkan, tindakan yang dilakukan Pakistan berkenaan bertujuan meredakan ketegangan yang dibimbangi akan mencetuskan konflik besar dengan India.

Kepulangan juruterbang terbabit disambut seperti wira apabila ribuan rakyat India berkumpul dan mengibarkan bendera di sempadan itu.

Pesawat penggempur juruterbang itu ditembak dalam serangan udara ketika konflik antara dua negara terbabit berterusan sejak insiden pengeboman yang membunuh 40 polis separa tentera pada 14 Februari lalu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *