Azis Jamman tinjau projek pembangunan di Esszone

Sumber Gambar Facebook Dato’ Mohd Azis Bin Jamman

LAHAD DATU:  Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman membuat lawatan kerja bagi meninjau projek pembangunan kementerian di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) di sini, pada Jumaat.

Lawatan kerja beliau disertai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Sri Zulkifili Bin Abu Bakar.

Lawatan kerja dimulakan dengan taklimat pengoperasian dan isu-isu keselamatan di kawasan Esszone oleh Komander Esscom, DCP Datuk Hazani Ghazali di Pejabat Esscom.

Antara projek-projek pembangunan dilawati adalah Projek Pembinaan Balai Polis di Pulau Bum-Bum yang merupakan sebuah bangunan balai polis kekal dengan prasana lengkap.

Projek ini akan menggantikan kabin-kabin sedia ada yang uzur dan telah digunakan sejak tahun 2013.

Projek ini telah diluluskan pelaksanaannya dan kerja-kerja akan dimulakan dalam masa terdekat.

Delegasi kemudiannya dibawa melawat tapak Projek Forward Operation Base (FOB) di Pulau Mabul yang kini di peringkat penyediaan reka bentuk.

FOB ini merupakan fasiliti kepada Pasukan Polis Marin, PDRM untuk kawalan keselamatan di kawasan sempadan perairan.

Projek ini apabila siap kelak akan merangkumi bangunan pentadbiran, jeti, pos pengawal dan pemerhati, bangunan kediaman dan fasiliti sokongan yang lain.

Lawatan Kerja diakhiri dengan lawatan ke Jeti Bot Tempur Kem Azumi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Kawasan ini juga merupakan tapak cadangan bagi Projek Pembinaan Pangkalan Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Antara skop utama projek ini adalah bangunan pentadbiran, jeti, rumah dan tangki minyak, serta fasiliti sokongan yang lain.

Projek yang kini di peringkat penyediaan reka bentuk ini akan menjadi sebuah Forward Operation Base (FOB) kepada APMM dan juga agensi penguatkuasaan maritim lain khusus untuk kawalan keselamatan perairan negara.

Projek-projek pembangunan KDN ini adalah merupakan usaha berterusan Kerajaan dalam memperkasakan tahap keselamatan dengan mempertingkatkan infrastruktur keselamatan di Esszone. – UtusanBorneo

Sumber Gambar Facebook Dato’ Mohd Azis Bin Jamman
Sumber Gambar Facebook Dato’ Mohd Azis Bin Jamman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *