Anak maut dihempap bapa jatuh bumbung

Persia maut dihempap bapanya. FOTO/DailyMail

Rome: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut dihempap bapanya yang jatuh dari bumbung rumah mereka di Monterotondo, Itali.

DailyMail melaporkan, Pasquale Persia, 14, keluar untuk membantu bapanya Gabrielle, 55, yang membaiki bumbung kandang haiwan di kediaman mereka yang rosak teruk dilanda ribut.

Angin kencang menyebabkan Gabrielle terjatuh dari ketinggian hampir enam meter lalu menghempap anaknya menyebabkan remaja itu terbunuh serta-merta akibat kecederaan teruk di kepala.

Jurucakap polis berkata: “Kemalangan tragis itu akibat angin kencang yang menyebabkan Gabrielle jatuh. Gabrielle cedera ringan tetapi jelas terkejut dengan insiden berkenaan.”

Sekurang-kurangnya empat orang maut disebabkan angin kencang di Itali pada Sabtu lalu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *