Polis Gagalkan Cubaan Tipu Urusan Kad Matrik Untuk Warga Asing

Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm

TAWAU; 27 FEBRUARI 2019 (Rabu) – Polis menggagalkan cubaan seorang lelaki cuba menipu berkaitan pengurusan Kad Matrik yang kononnya berfungsi sebagai kad pengenalan atau passport bagi warga asing yang menetap di Sabah.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, lelaki warga tempatan berumur 43 tahun itu ditahan di kediamannya di Kampung Sentosa, Jalan Utara pukul 11 malam tadi.

Beliau berkata, modus operandi itu adalah pemohon hanya perlu membayar 50-ringgit untuk pengurusan dan pemprosesan kad terbabit dan boleh diperolehi dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas diproses di mana-mana kedai alat tulis di daerah ini.

Katanya, Kad Matrik itu juga kononnya mempunyai keistimewaan iaitu tidak akan ditangkap oleh anggota penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Tawau.

Menurut ACP Fadil, suspek dipercayai menjalankan kegiatan ini sejak bulan lalu secara bersendirian dan tidak mempunyai syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Semasa serbuan, polis turut merampas sebuah telefon bimbit, 19 fail, tiga buah cop dan wang tunai pelbagai not bernilai 606-ringgit.

Katanya, suspek melakukan kesalahan dibawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan (Cubaan Tipu) dan akan direman bermula hari ini dibawah seksyen 117 KPJ untuk siasatan lebih lanjut.

Sumber Facebook PAges BESTAWAUfm

Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *