Lelaki warga Indonesia ditahan ketika pukat ikan

Lelaki warga Indonesia ditahan ketika memukat di perairan Pulau Berhala, Sandakan. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki warga Indonesia selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di perairan Pulau Berhala, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 3.30 petang itu, suspek berusia 41 tahun ditahan ketika memukat ikan menggunakan sebuah bot jongkong bersendirian di perairan berkenaan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata bot ronda dari PPM Sandakan yang menjalankan Op Pensura kemudiannya memeriksa bot dinaiki lelaki terbabit.

“Sebaik diperiksa, lelaki itu mengemukakan pasport yang sudah tamat tempoh sebelum dia ditahan untuk tindakan lanjut.

“Barangan suspek iaitu bot jongkong, enjin sangkut jenis Yamaha 15 kuasa kuda dan pukat hanyut dianggarkan bernilai RM11,980 turut dirampas dan dibawa ke Markas PPM Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63. – Berita Harian

Lelaki warga Indonesia (kiri) ditahan ketika memukat di perairan Pulau Berhala, Sandakan. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *