Masih tunggu laporan hospital, Jabatan Kesihatan

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt (dua dari kanan) ketika melawat keluarga bayi yang dilaporkan meninggal selepas diberi suntikan di Sandakan. – Foto Poliana Ronnie Sidom

SANDAKAN: Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah sedang menunggu laporan daripada pihak hospital serta Jabatan Kesihatan negeri berhubung dakwaan seorang bayi meninggal dunia kerana diberi suntikan salah.

Menterinya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, ketika dihubungi berkata pihaknya masih menunggu laporan berkenaan sebelum boleh membuat sebarang kenyataan dan mengambil tindakan susulan.

“Belum lagi (menerima laporan daripada pihak hospital dan Jabatan Kesihatan negeri). Saya difahamkan laporan mungkin siap dalam minggu ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt

“Kita tidak tahu apa yang berlaku dan perlu siasat dulu,” katanya sambil mengesahkan sudah melawat keluarga terbabit di rumah mereka di Kampung Bakau, Batu Sapi, dekat sini, semalam.

Sebelum ini, beberapa keping gambar tular dalam Facebook mendakwa seorang bayi dari Batu Sapi yang mengalami demam panas, koma selepas diberi suntikan.

Difahamkan, bayi berusia lapan bulan terbabit meninggal dunia kira-kira jam 8 malam Sabtu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan dibuat bapa bayi terbabit berhubung kejadian berkenaan. – Berita Harian

Bayi yang didakwa meninggal dunia kerana diberi suntikan salah. – Gambar Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *