Mayat ibu dalam `Tupperware’

GAMBAR HIASAN

Madrid : Seorang pemuda berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki membunuh ibunya sebelum memotong mayat mangsa untuk disimpan di dalam bekas plastik ‘Tupperware’, kata sumber polis semalam.

Wanita itu dipercayai dibunuh kira-kira sebulan lalu dan kehilangan hanya disedari selepas seorang rakan mangsa berusia 66 tahun membuat laporan.

Susulan laporan berkenaan, polis membuat pemeriksaan di rumah wanita itu yang terletak di kawasan kejiranan Salamanca pada Khamis lalu.

Jurucakap polis berkata, sebaik memasuki rumah mangsa anggota polis menemui ketulan mayat wanita terbabit yang disimpan di dalam bekas berbeza.

Susulan penemuan mengerikan itu, anak lelaki mangsa ditahan kerana disyaki membunuh ibunya.

Polis memberitahu, suspek pernah ditahan sebanyak 12 kali sebelum ini atas pelbagai kesalahan jenayah.

Media tempatan mendakwa suspek terbabit dalam aktiviti kanibal tetapi tiada pengesahan dari pihak polis berhubung dakwaan itu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *