Tidur ketika terbangkan pesawat

Juruterbang China Airlines tidur ketika penerbangan.- Agensi

TAIPEI: Seorang juruterbang dengan pengalaman 20 tahun berdepan tindakan tegas dari syarikat penerbangan China Airlines selepas rakaman video lelaki itu tidur dalam kokpit dibongkarkan EBC News, Rabu lalu.

Video berdurasi 30 saat itu dirakamkan pembantu kepada juruterbang, Weng Jiaqi memaparkan dia duduk tanpa bergerak dengan kepalanya tunduk dalam kokpit pesawat Boeing 747 yang dalam penerbangan ke destinasinya.

Undang-undang Penerbangan Awam Taiwan melarang juruterbang tidur dalam kokpit ketika pesawat di udara.

Taiwan News melaporkan video terbabit timbul lima hari selepas juruterbang China Airlines mengakhiri mogok mereka atas sebab tidak berpuas hati terhadap beberapa isu kebajikan antaranya waktu kerja panjang dan letih.

Weng yang juga ketua juruterbang dan jurulatih stimulasi di Pusat Latihan Penerbangan China Airlines mengendalikan penerbangan bagi laluan Tokyo, Okinawa, Seoul dan Hong Kong.

Pembantu juruterbang turut dikenakan tindakan kerana tidak mengejutkan Weng, sebaliknya merakamkan kejadian itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *