Mayat terdampar di tepi pantai

Seorang mayat lelaki dalam keadaan tidak sempurna ditemui terdampar di tepi Pantai Kenangan di Bongawan, Papar. – Foto ihsan Polis

PAPAR: Mayat seorang lelaki dipercayai mati lemas ditemui terdampar di tepi Pantai Kenangan dekat Bongawan di sini, petang semalam, hingga mengejutkan penduduk setempat.

Mayat dalam keadaan tidak sempurna itu ditemui oleh penduduk kampung berhampiran yang melalui kawasan berkenaan.

Mangsa warga tempatan berusia 49 tahun dipercayai berasal dari Keningau dan kemungkinan telah mati beberapa hari berdasarkan keadaan mayatnya.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew AK Umpit, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada jam 2.45 petang sebelum menghantar anggota ke lokasi untuk pemeriksaan.

Ketika ditemui, katanya, mangsa yang memakai baju-T dan berseluar pendek warna kelabu dalam keadaan terlentang di tepi pantai berkenaan dengan keadaan fizikal mayat yang kembung.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Papar dengan kenderaan polis untuk bedah siasat bagi mendapatkan laporan kematian daripada pihak hospital.

“Setakat ini, polis tidak memperoleh sebarang maklumat mengenai ahli keluarga atau waris mangsa.

“Kita sedang berusaha untuk menjejaki ahli keluarganya atau waris terdekat yang dipercayai berasal dari Keningau,” katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *