Lepas geram pada peguam

David Chislton menumbuk sebaik disabitkan hukuman penjara. Foto Agensi

COLUMBUS: Seorang peguam patah hidung akibat ditumbuk anak guam yang berang dipenjarakan selama 47 tahun kerana melakukan hampir 24 jenis kesalahan jenayah termasuk mengacu teman wanitanya dengan pistol, Selasa lalu.

Biarpun tangan digari, David Chislton, 42, berpusing ke belakang dan menumbuk muka Aaron Brockler yang berdiri di kirinya sebaik hakim menjatuhkan hukuman.

Brockler yang kini berpulih dari kecederaanya memberitahu Fox 8 dia pengsan seketika sebelum tersedar dan mendapati dirinya terbaring di bawah meja perbicaraan.

“Saya menghampirinya (Chislton) kerana mahu bercakap dengannya. Tiba-tiba saya ditumbuk dan pengsan.

“Kesalahan dia memang serius. Saya berpendapat dia menganggap hukuman itu terlalu berat baginya seterusnya melepaskan kemarahannya terhadap saya,” katanya.

Pada 2017, Chislton menjadikan kekasihnya sebagai tebusan dan mengacu pistol terhadap wanita itu sebelum membakar pangsapuri Warrensville Heights sehingga memaksa penduduk berpindah.

Difahamkan, Chislton bakal berdepan pertuduhan atas serangan terhadap peguamnya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *