13 Penagih Dicekup Di Kunak – AADK

Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm

KUNAK; 21 FEBRUARI 2019 (Khamis) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berjaya menahan 13 individu didapati positif Dadah (Syabu) di sekitar daerah Kunak dalam satu serbuan Operasi Khas yang dijalankan malam tadi.

Ketuanya, Abd Gani@Ghani Keruput berkata, operasi tersebut melibatkan kerjasama antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau dan AADK Negeri Sabah telah melakukan serbuan di kampung Skim Cocos Kunak, Kampung Mangga dan beberapa kawasan lain di sekitar daerah Kunak.

Katanya, hasil maklumat risikan AADK, serbuan tersebut telah memeriksa seramai 15 suspek lelaki lingkungan umur 23 hingga 49 tahun dan daripada jumlah tersebut 13 indvidu telah berjaya ditahan selepas didapati positif Dadah Methamphetamine (Syabu).

Operasi tersebut bermula kira-kira pukul 11.30 malam dan ditamatkan pukul 4.30 pagi.

Katanya, semua suspek ditahan dibawah Seksyen (3) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan.

AADK turut melakukan serbuan dalam operasi berkenaan sebuah Pusat Hiburan di Tawau.

Sumber : Facebook Pages BES TAWAUfm

Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *