Azis Jamman Cabar Pemfitnah Tampil, akan Buat Laporan Polis

Oleh MOHD AZIS JAMMAN 
KENYATAAN: Saya memandang serius berhubung fitnah disebarkan oleh pemilik akaun Facebook “Negara Borneo Utara” yang membuat fitnah dengan tuduhan tidak berasas mengatakan saya akan membantu untuk memberikan kad pengenalan (IC) kepada warga Filipina khususnya daripada bangsa Bajau di Johor.

2.Tuduhan tersebut adalah tidak benar dan menyeleweng dengan berniat jahat mahu memburukkan imej saya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Sepanggar walhal tidak ada satu pun kenyataan saya keluarkan yang mengatakan saya akan membantu untuk memberikan kad pengenalan seperti didakwa oleh pemilik akaun Facebook tersebut.

3.Saya akan membuat laporan polis berhubung fitnah yang disebarkan terhadap pemilik akaun Facebook “Negara Borneo Utara” dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman individu yang dibelakang akaun Facebook tersebut kerana menfitnah saya.

4.Jika pemilik akaun tersebut seorang yang berani dengan tuduhannya, saya menggesanya untuk tampil ke depan dan tidak menggunakan akaun Facebook tersebut hanya semata-mata untuk membuat fitnah demi kepentingan peribadi dan politik oleh mana-mana pihak yang menajanya.

Sekian terima kasih.

* Datuk Mohd Azis Jamman ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Wira Parti Warisan Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *