Laung azan selepas bunuh isteri, anak

Foto TribunNews

JAKARTA: Seorang suami menikam isteri dan anak mereka berusia 7 bulan di Blitar, Jawa Timur menggunakan pisau dapur sebelum berlari keluar dalam keadaan bogel dan melaungkan azan di depan kediaman mereka.

Tribun News melaporkan, mangsa Sri Dewi, 29, dan anaknya Vika Nadhira, 7 bulan, ditikam suaminya Nardi, 38, di rumah ibu wanita itu, malah ketika melarikan diri suspek turut menggigit pipi bapa mentua yang cuba menghalangnya.

Selepas membunuh isteri dan anaknya, lelaki itu melaungkan azan di tengah jalan dalam keadaan berbogel, malah sempat mundar-mandir di depan rumahnya sebelum ditahan pihak polis.

“Ketika suspek mengacukan pisau ke arah Sri Dewi, isterinya sempat meminta suaminya bertenang dan beristighfar. Namun, Nardi terus mengejar mereka hingga ke luar rumah lalu menikam isteri dan anaknya,” kata Ketua Polis Blitar Iptu M Burhanudin.

Pos-Kupang.Com melaporkan, pasangan itu bertengkar dua hari sebelum kejadian disebabkan Sri Dewi cemburu dengan suaminya sehingga mengongkong suspek dan melarangnya bersosial atau merokok. – Agensi

Foto TribunNews
Foto TribunNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *