Kanak-kanak tujuh tahun ditemui lemas

PIHAK bomba berjaya temui mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun lemas di Sungai Muanad, Kampung Muanad Tiga, Beluran. – Foto ihsan bomba

BELURAN: Selepas sejam selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi tadi, kanak-kanak lelaki yang hilang di Sungai Muanad, Kampung Muanad Tiga, di sini, semalam, ditemui lemas.

Mayat Amanual Darius, 7, ditemui pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran jam 7.47 pagi berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua BBP Beluran, Rastam Keladi berkata, gerakan SAR dilancarkan jam 6.30 pagi membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sandakan, polis dan Pasukan Bomba Sukarela.

“Gerakan SAR yang disambung pagi tadi menemui mangsa tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang jam 7.47 pagi.

“Mayat mangsa kemudian dibawa naik sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

PIHAK bomba berjaya temui mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun lemas di Sungai Muanad, Kampung Muanad Tiga, Beluran. – Foto ihsan bomba

Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, mangsa dilaporkan hilang di tebing sungai berkenaan ketika bermain bersama rakannya.

Difahamkan, hanya selipar mangsa ditemui di lokasi terakhir kanak-kanak itu dilihat.

Susulan itu, bapa mangsa kemudian bergegas membuat laporan polis sebelum gerakan SAR dilakukan pasukan bomba. – Berita Harian

Foto ihsan bomba
Foto ihsan bomba
Foto ihsan bomba
Foto ihsan bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *