Curi Kayu Hutan Simpan, Dua Lelaki Diberkas

Kedua-dua suspek berusia 46 dan 55 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna kerana menjalankan aktiviti mencuri kayu hutan simpan secara haram. Gambar Ehsan PPM Semporna

SEMPORNA: Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana menjalankan aktiviti mencuri kayu secara haram ditahan bersama seorang lagi rakannya, di kawasan Hutan Simpan Pulau Timbun Mata, di sini, pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Pajeri Ali berkata melalui Ops Bersepadu bersama Jabatan Perhutanan Sabah, jam 3.30 petang itu berjaya memintas perahu yang dinaiki suspek berusia 46 dan 55 tahun.

“Taktik dan helah yang dirancang dalam operasi ini berjaya sehingga salah seorang suspek dikehendaki dalam aktiviti mencuri kayu di hutan simpan daerah ini berjaya diberkas.

“Pemeriksaan ke atas perahu suspek menemui 20 batang kayu pelbagai saiz,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Pajeri berkata semua kayu termasuk sebuah perahu dan enjin sangkut dianggarkan bernilai RM17,340 dirampas.

“Kedua-dua suspek dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk siasatan lanjut dibawah Enakmen Perhutanan 1968 iaitu mencuri kayu di kawasan hutan simpan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 30(1)(g) Enakmen Perhutanan 1968, memiliki suatu keluaran hutan yg belum dijelaskan royalti kepada kerajaan,”katanya.-SabahNewsToday

Sebanyak 20 batang kayu pelbagai saiz dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk siasatan lanjut dibawah Enakmen Perhutanan 1968. Gambar Ehsan PPM Semporna
Kedua-dua suspek berusia 46 dan 55 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna kerana menjalankan aktiviti mencuri kayu hutan simpan secara haram. Gambar Ehsan PPM Semporna
Sebanyak 20 batang kayu pelbagai saiz dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk siasatan lanjut dibawah Enakmen Perhutanan 1968. Gambar Ehsan PPM Semporna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *